fb fb fb fb fb

Pesawat Arab Saudi tiba di Syria, penerbangan pertama sejak lebih sedekad

FOTO REUTERS

ALEPPO, 14 Februari- Ketibaan pesawat Arab Saudi di Lapangan Terbang Aleppo, Syria hari ini merupakan penerbangan pertama sejak lebih sedekad, kedua-dua negara berperang.

Pesawat Arab Saudi itu dilaporkan membawa 35 tan makanan dan bantuan perubatan serta peralatan tempat perlindungan.

Ia merupakan misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Syria yang terjejas akibat gempa bumi, minggu lalu.

Operasi itu dijalankan atas arahan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman.

“Arahan diberikan daripada kepimpinan kerajaan Arab Saudi, bagi membantu rakyat Syria yang terjejas akibat gempa bumi di seluruh Syria," kata seorang anggota delegasi Saudi kepada televisyen Syria.

Anggota delegasi itu turut menjelaskan bahawa pesawat yang tiba pada hari ini adalah bantuan yang pertama dan selebihnya akan menyusul nanti.


(FOTO REUTERS)

Selepas lebih sedekad perang, Barat kekal mengiktiraf kerajaan Presiden Bashar al-Assad sekali gus merumitkan usaha antarabangsa untuk membantu mereka yang terjejas akibat gempa bumi.

Liga Arab menggantung Syria pada 2011 dan beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi telah memutuskan hubungan dengannya.

Penerbangan terakhir seumpama itu mendarat di Syria adalah pada Februari 2012.

Jumlah kematian keseluruhan akibat gempa bumi minggu lalu di Turkiye dan Syria telah melebihi 37,000 dan 5,714 daripadanya adalah di Syria, menurut laporan Reuters daripada media kerajaan Syria dan agensi PBB.- REUTERS

 

Media Baharu