fb fb fb fb fb

Terperangkap selama 198 jam, tiga remaja berjaya diselamatkan

(Muhammed Cafer Cetin, 18 tahun terselamat dari runtuhan bangunan selama 198 jam/REUTERS)

ISTANBUL, 14 Februari- Seorang remaja berusia 18 tahun bernama Muhammed Cafer berjaya diselamatkan pasukan penyelamat selepas terperangkap selama 198 jam di bawah runtuhan bangunan di selatan Turkiye.

Menurut penyiar CNN Turk, ia merupakan penyelamatan ketiga pada hari kesembilan operasi selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Turkiye.

Menurut sumber, gempa bumi pada Isnin lalu dan gegaran susulan besar telah membunuh lebih 37,000 orang di selatan Turkiye dan barat laut Syria, dijangka meningkat lebih tinggi.

Cafer diikat pada pengusung selain dipakaikan topeng oksigen diusung keluar pekerja penyelamat untuk dibawa ke dalam ambulans.

Kelihatan Cafer menggerakkan jarinya sambil dibawa pergi.

Sebelum itu, pekerja penyelamat berjaya menarik dua beradik hidup-hidup dari runtuhan blok apartmen di wilayah jiran Kahramanmaras.

Agensi berita Anadolu milik kerajaan mengenal pasti mereka sebagai Muhammed Enes Yeninar, 17 tahun dan abangnya, Baki Yeninar, 21 tahun yang diselamatkan selepasnya.

Mereka berdua ditempatkan di dalam ambulans dan dibawa ke hospital.-REUTERS


(Mangsa runtuhan, Muhammed Enes Yeninar, 17 tahun berjaya diselamatkan pekerja penyelamat,
diusung keluar dari lokasi sisa runtuhan di wilayah Adiyaman/REUTERS)

Media Baharu