fb fb fb fb fb

Peru isytihar darurat di Lima dan tiga wilayah

FOTO AFP

LIMA, 15 Januari- Kerajaan Peru mengisytiharkan darurat terhadap ibu negaranya, Lima serta tiga lagi wilayah lain berikutan protes luar biasa terhadap Presiden, Dina Boluarte.

Protes yang berlangsung telah mengorbankan sekurang-kurangnya 42 nyawa sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menerusi penguatkuasaan selama satu bulan itu bakal memberi kuasa kepada tentera untuk campur tangan bagi mengekalkan ketenteraman dan menggantung beberapa hak Perlembagaan seperti kebebasan bergerak dan berhimpun, menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi.

Selain ibu negaranya, perintah darurat itu meliputi wilayah Cusco dan Puno serta pelabuhan Callao yang terletak bersebelahan dengan Lima.

Lebih 100 sekatan jalan raya dilakukan bertujuan menghalang pergerakan lalu lintas di seluruh Peru semalam, terutama di kawasan selatan, yang menjadi pusat protes selain di sekitar Lima.

Pihak berkuasa bagaimanapun, membuka semula operasi lapangan terbang antarabangsa Cusco, berikutan ia penting untuk sektor pelancongan Peru.

Peru dilanda krisis politik beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Boluarte, 60, pemimpin yang memegang jawatan presiden yang keenam dalam tempoh lima tahun.

Bekas presiden, Castillo, yang kini sedang disiasat dalam beberapa kes penipuan semasa memegang jawatan, direman dalam tahanan selama 18 bulan telah didakwa melakukan pemberontakan. - AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu