fb fb fb fb fb

Angka korban pesawat terhempas di Nepal meningkat kepada 66 orang

FOTO AFP

POKHARA, 15 Januari- Sekurang-kurangnya 66 terbunuh apabila sebuah pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal.

Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu 66 mayat telah ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.

Usaha mengesan enam lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri, Fanindra Mani Pokharel, memberitahu pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.

Jurucakap Polis Nepal, Tek Prasad Rai memaklumkan bahawa anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.

Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal, melahirkan kesedihan atas "kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara."

Kedutaan India di Kathmandu, mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal menyatakan lima warga India menaiki penerbangan itu.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu