MINSK, 25 Ogos - Rusia dan Ukraine sepakat melakukan pertukaran 146 tahanan dari kedua-dua pihak pada Ahad.
Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, lapan penduduk dari wilayah Kursk turut dipulangkan oleh Ukraine.
Kawasan itu pernah dikuasai seketika oleh Ukraine pada Ogos 2024 sebelum dirampas semula oleh tentera Rusia awal tahun ini.
Tentera Rusia yang dibebaskan kini ditempatkan di Belarus untuk mendapatkan rawatan perubatan dan sokongan psikologi sebelum dihantar pulang ke Rusia.
Pertukaran itu hasil perantaraan Emiriah Arab Bersatu.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengesahkan perkara tersebut menerusi hantaran di media sosial.
Sebelum ini, dalam rundingan damai pusingan ketiga di Istanbul, Turkiye pada 23 Julai lalu, pembantu Presiden Rusia, Vladimir Medinsky berkata, kedua-dua negara bersetuju menukar sekurang-kurangnya 1,200 tahanan dari pihak masing-masing. -REUTERS