fb fb fb fb fb

Pertempuran tutup sempadan Pakistan-Afghanistan, dagangan lumpuh

Trak yang sarat dengan barangan tersadai di sempadan Chaman / REUTERS

CHAMAN, 13 Oktober -Lintasan sempadan utama Chaman antara Pakistan dan Afghanistan kekal ditutup untuk hari ketiga susulan pertempuran sengit tentera kedua-dua negara.

Situasi itu menyebabkan semua perdagangan terhenti dan ratusan keluarga terkandas di kawasan sempadan.

Lintasan Chaman merupakan arteri dagangan kedua terbesar Pakistan-Afghanistan.

Penutupannya memberi kesan besar terhadap perniagaan rentas sempadan selain menambah penderitaan pelarian yang terperangkap.

Ketegangan meningkat selepas Pakistan menuntut Taliban bertindak terhadap kumpulan militan yang didakwa berpangkalan di Afghanistan.

Taliban menafikan tuduhan itu, sekali gus mengekalkan kebuntuan diplomatik antara kedua-dua negara.

Setakat ini, tentera Pakistan mengesahkan 23 anggotanya terbunuh, manakala Taliban melaporkan sembilan pejuangnya maut.

Namun, kedua-dua pihak mendakwa angka korban sebenarnya lebih tinggi. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN