fb fb fb fb fb

EU mula laksana sistem keluar masuk baharu di sempadan Croatia

Seorang pengembara wanita menggunakan sistem EES di sempada Croatia / REUTERS

BAJAKOVO, 13 Oktober -Kesatuan Eropah (EU) mula melaksanakan sistem keluar masuk elektronik baharu (EES) di sempadan blok itu bagi merekodkan data pelancong dari luar EU.

Sistem automasi tersebut memerlukan pengembara mengimbas pasport, selain merekodkan cap jari dan wajah mereka.

Pendaftaran penuh hanya dilakukan ketika pertama kali masuk ke kawasan Schengen, manakala perjalanan seterusnya hanya memerlukan pengesahan wajah.

Langkah itu bertujuan mengesan pelancong yang tinggal melebihi tempoh, mencegah penipuan identiti serta mengekang migrasi haram.

Di sempadan darat Croatia–Serbia, pelaksanaan awal sistem itu tidak menimbulkan gangguan besar.

Proses menunggu sekitar 15 hingga 20 minit, manakala setiap pendaftaran mengambil masa kira-kira dua minit seorang.

EES akan diperkenalkan secara berperingkat selama enam bulan sebelum beroperasi sepenuhnya pada 10 April 2026.

Apabila dilaksanakan, cop pasport akan digantikan dengan rekod elektronik. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN