fb fb fb fb fb

Pertandingan puisi di Rusia larang penyertaan golongan transgender

Foto Reuters

LONDON, 17 April - Sebuah pertandingan puisi di Rusia telah melarang penyertaan golongan transgender pada tahun ini.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai usaha bagi melindungi nilai tradisi.

'The Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize' yang dianjurkan oleh Daerah Tver yang terletak di barat Rusia membuka penyertaan daripada pemuisi tanpa mengira warganegara, pekerjaan dan tempat tinggal.

Namun, warganegara yang telah melakukan pengubahan jantina adalah dilarang sama sekali daripada menyertai pertandingan terbabit menurut peraturan yang disiarkan di laman sesawang pihak penganjur.

Pihak penganjur pertandingan berkata langkah berkenaan dilakukan sebagai usaha untuk memelihara falsafah perkahwinan, kekeluargaan yang merupakan tradisi masyarakat Rusia.

Di bawah pentadbiran Vladmir Putin, Rusia telah bertindak keras terhadap golongan LGBTQ serta menggambarkan golongan berkenaan sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Rusia.

Rusia turut menetapkan "pergerakan sosial LGBT antarabangsa" sebagai pelampau dan mereka yang menyokongnya sebagai pengganas.

Tahun lalu, Rusia mengharamkan pembedahan mengubah jantina dan terapi hormon serta melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD