fb fb fb fb fb

Lebih 800 orang dipindahkan akibat letusan gunung berapi di Indonesia

FOTO AFP

JAKARTA, 17 April- Sekurang-kurangnya 800 orang di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia telah dipindahkan selepas beberapa letusan gunung berapi berlaku di kawasan itu.

Menurut agensi volkanologi negara itu, gunung berapi yang terletak di pulau Ruang kira-kira 100km dari ibu kota wilayah Manado, telah meletus lebih tiga kali sejak Selasa.

Pegawai di pusat pemantauan gunung berapi negara, (PVMBG), Heruningtyas Desi Purnamasari memberitahu pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran ke tahap kedua tertinggi berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.

"Letusan Gunung Berapi Ruang dicetuskan oleh gempa bumi baru-baru ini di pulau itu, dengan mengeluarkan "awan panas meletup" setinggi 1.8 km (1.1 batu) ke langit.

“Kita mesti membersihkan pulau itu kerana kita menjangkakan akan ada lebih banyak letusan. Tiada aktiviti dibenarkan dalam jarak 4km dari kawah,” katanya.

Rakaman yang dilihat oleh Reuters menunjukkan aliran lava merah mengalir menuruni gunung, dipantulkan di perairan di bawah, dan awan abu kelabu yang mengepul di atas kawahnya.

Pulau Ruang didiami kira-kira 838 penduduk, kebanyakan mereka kini telah dipindahkan ke pulau Tagulandang terdekat, kata Heruningtyas.

Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif. -REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI