fb fb fb fb fb

Permintaan kamera X100 meningkat

FOTO REUTERS

TOKYO, 28 Jun - Selama bertahun-tahun, Fujifilm Jepun meninggalkan perniagaan kameranya untuk memberi tumpuan kepada produk penjagaan kesihatan.

Kini kamera digital X100 bertema retro mendapat permintaan ramai daripada peminat muda media sosial dengan harga mencecah $1,599.

Model X100V sangat popular sehingga meningkatkan keuntungan syarikat itu, menyumbang 37% daripada keuntungan operasi pada fiskal 2023 , berbanding 27% tahun sebelumnya.

Selepas ia habis dijual tahun lepas, syarikat itu meningkatkan pengeluaran di China untuk menambah jumlah pengeluaran.

Beliau enggan memberikan butiran mengenai peningkatan pengeluaran atau unit jualan.

"Kami mendapati bahawa pesanan jauh melebihi jangkaan kami," kata Igarashi. "Meskipun kami menggandakan pengeluaran namun ia masih tidak mencukupi."

Ditubuhkan 90 tahun lalu, Fujifilm bersaing dengan peneraju industri filem Kodak selama beberapa dekad sebelum akhirnya mengatasinya dalam jualan pada tahun 2001.

Tetapi kejayaan itu terbukti tidak lama, apabila industri filem ditransformasi kepada kamera digital yang mempunyai ciri standard dalam telefon bimbit.

Untuk mengekalkan perniagaannya Fujifilm memanfaatkan kepakarannya dalam bahan kimia filem untuk beralih kepada aplikasi penjagaan kesihatan.

Tindakan sama turut dilakukan pesaing domestik Canon dan Olympus.

Fujifilm tidak berputus asa dengan kameranya, tetapi ia memotong 5,000 pekerjaan di bahagian filemnya dan memindahkan kebanyakan produksi ke China pada tahun berikutnya. - REUTERS

TETITIA YUSOFF