fb fb fb fb fb

Polis Maldives tahan timbalan menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam

FOTO AFP

NEW DELHI, 28 Jun - Polis Maldives menahan seorang timbalan menteri di Kementerian Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga Maldivesb atas tuduhan terlibat amalan ilmu hitam.

Fathimath Shamnaz Ali Saleem ditahan pada Ahad bersama-sama dua yang lain di ibu negara Male, kata polis.

Kedua-duanya direman selama tujuh hari.

Polis setakat ini tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu.

Beliau telah digantung daripada jawatannya bersama bekas suaminya, Adam Rameez, yang merupakan seorang menteri di Pejabat Presiden Mohamed Muizzu, menurut laporan di laman sesawang The Edition.

Kedua-duanya digantung tugas kerana siasatan yang sedang berjalan, menurut laporan itu yang memetik Jurucakap Presiden Heena Waleed.

"Terdapat laporan bahawa Shamnaz telah ditangkap kerana melakukan ilmu hitam ke atas Presiden Dr. Mohamed Muizzu,” kata Sun, sebuah media tempatan.

Orang ramai di seluruh nusantara mengamalkan upacara tradisional, percaya mereka boleh memenangi hati dan mengutuk pihak lawan. - AFP

TETITIA YUSOFF