fb fb fb fb fb

Perkhidmatan udara dan kereta api India terganggu akibat kabus tebal

FOTO REUTERS

NEW DELHI, 21 Januari - Lebih 160 penerbangan di India terganggu akibat kabus tebal melanda sebahagian besar utara India selama tiga hari berturut-turut yang disertai gelombang cuaca sejuk melampau.

128 penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa di New Delhi terpaksa ditangguhkan dengan 33 dibatalkan.

Jarak penglihatan di lapangan terbang adalah 50 m (164 kaki) pada pukul 8.00 pagi, kata pegawai cuaca, meramalkan keadaan yang sama sehingga akhir minggu ini.

Cuaca buruk juga menyebabkan gangguan kepada perjalanan kereta api mengakibatkan banyak jadual perjalanan kereta api terpaksa ditangguhkan.

Berpuluh-puluh penumpang memakai pakaian tebal dan tidur di atas tanah di stesen kereta api New Delhi, manakala beberapa yang lain berhimpit di luar berhampiran api kecil untuk memanaskan badan.

"Mereka (penerbangan tertunda) menimbulkan masalah. Saya perlu menunggu lama. Jika saya sedar lebih awal maka saya akan merancang dengan sewajarnya, destinasi sedemikian." kata penumpang penerbangan ke Abu Dhabu, Shubhodeep Haldar.

"(Kereta api) tertangguh dua jam," kata Deepak Kumar.

"Saya datang ke sini setiap hari dan kabus sangat tebal hari ini dan juga sejuk. Terdapat masalah dengan penglihatan, kami datang ke sini untuk berlari tetapi kenderaan tidak kelihatan dari jauh," penduduk tempatan Saurabh Singh.

Suhu paling rendah New Delhi pada musim sejuk ialah 3.3 darjah Celsius (37.4 darjah Farenheit) pada Isnin, apabila jarak penglihatan yang rendah dan kabus tebal menyebabkan kelewatan sebanyak 500 penerbangan dan pembatalan 87 penerbangan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF