fb fb fb fb fb

Perjanjian plastik global, usaha mengatasi pencemaran

Inger Andersen ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78/ AFP

NEW YORK, 23 September- Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar PBB Inger Andersen berkata, perjanjian mengenai pencemaran plastik akan diberi tumpuan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Perkara itu berikutan pencemaran plastik yang berlaku di seluruh dunia menyebabkan tindakan drastik perlu diambil walaupun terdapat perbezaan had pengeluaran dan bayaran plastik seperti cukai bagi setiap negara.

Inger Andersen berkata, pasukannya "bersiap sedia" untuk rundingan akhir pada akhir November di Busan, Korea Selatan.

Di sana, negara-negara berharap untuk memeterai perjanjian yang berpotensi besar untuk menangani masalah besar pencemaran plastik.

"Terdapat kawasan tertentu di mana saya fikir kita mula melihat, ianya perlu diberi tumpuan," kata Andersen.

Ketika taklimat, Andersen berkata beliau berharap negara anggota akan bersetuju dengan "beberapa tahap kewajipan atau garis panduan global untuk produk plastik."

Anderson menyatakan perkara itu bagi memastikan "garis panduan dalam pengurusan sisa dan kitar semula."

"Bagaimanapun kita juga memerlukan satu undang-undang yang boleh menangani permasalahan sedia ada selain memastikan tindakan perlu diambil bagi mengelakkan pencemaran lebih serius," tambah Andersen.

"...dan kita juga memerlukan satu rangka kerja yang memberi kepentingan kepada seluruh dunia berkenaan permasalahan ini, seperti penyediaan laporan," katanya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI