fb fb fb fb fb

Hujan lebat, tanah runtuh ragut enam nyawa di Jepun

Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat dan merosakkan beberapa perumahan/Foto AFP

TOKYO, 23 September - Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di kawasan terpencil di tengah Jepun.

Kawasan itu juga pernah dilanda gempa bumi berskala besar pada tahun ini.

Penyiar awam NHK dan media lain melaporkan seorang telah meninggal dunia dan lima lagi mengalami jantung terhenti mengejut secara tiba-tiba (cardio-respiratory arrest).

Ia merupakan istilah yang digunakan di Jepun sebelum kematian mereka disahkan oleh doktor. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN