fb fb fb fb fb

Perjanjian Nuklear Iran perlu segera dimuktamadkan - AS

FOTO AFP

(Gambar fail delegasi Kesatuan Eropah menghadiri rundingan di Vienna pada 9 Disember 2021)

 

WASHINGTON, 8 Februari- Amerika Syarikat (AS) menyatakan satu perjanjian dengan Iran berhubung program nuklear boleh dimeterai namun menegaskan ia perlu disegerakan tatkala Tehran terus mempertingkat keupayaannya sebelum rundingan diperbaharui.  

Rundingan yang dihadiri wakil China, Perancis, Jerman, Rusia, United Kingdom, Iran dan Amerika Syarikat akan disambung semula di Vienna selepas dihentikan pada penghujung bulan lepas.

Sebelum ini, beberapa pihak menyatakan terdapat kemajuan dalam usaha menghidupkan semula perjanjian 2015 itu bagi menghalang Iran daripada memiliki bom atom yang sering dinafikan Tehran.

“Perjanjian bagi menangani kebimbangan banyak pihak sudah kelihatan, tetapi jika ia tidak dicapai dalam beberapa minggu akan datang, kemajuan berterusan program nuklear Iran, menyebabkan kita tidak dapat kembali ke JCPOA (Pelan TIndakan Komprehensif Bersama), kata Jurucakap Jabatan Negara AS; merujuk kepada perjanjian rangka kerja 2015.

Pihak berkenaan telah menjalankan rundingan di Vienna sejak tahun lepas dengan penglibatan tidak langsung AS.

Bekas Presiden, Donald Trump secara sebelah pihak telah menarik diri daripada pakatan perjanjian itu pada 2018 dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iran, menyebabkan negara republik Islam itu mula menarik semula komitmen bawah perjanjian tersebut dan pada masa sama mula meningkatkan aktiviti nuklearnya.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh berkata jawapan yang akan dibawa AS akan menentukan bila perjanjian itu boleh dimeterai.

“Kami telah melakukan kemajuan signifikan dalam pelbagai aspek rundingan Vienna “termasuk jaminan bahawa Iran mengharapkan pentadbiran baharu AS tidak akan melanggar perjanjian itu sekali lagi, kata Khatibzadeh kepada wartwan. -AFP

Media Baharu