fb fb fb fb fb

Perhimpunan besar-besaran, penganut Hindu disembur air menggunakan dron elak kesesakan

FOTO AFP 

SAGAR ISLAND, 14 Januari- Walaupun kes COVID-19 masih meruncing di India, namun beribu-ribu penganut Hindu tetap bersesak untuk perayaan besar-besaran Gangasagar Mela.

Justeru, pihak berkuasa terpaksa menyembur "air suci Sungai Gangga" ke arah penganut Hindu terlibat menggunakan dron untuk mengurangkan kesesakan.

Perayaan terbesar di timur India itu dibandingkan dengan satu lagi perayaan tahun lepas yang menjadi penyumbang utama kes COVID-19 melonjak di negara itu, namun tidak diharamkan oleh kerajaan nasionalis Hindu.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, kira-kira tiga juta orang menghadiri acara kemuncak perayaan di Pulau Sagar, lokasi pertemuan antara Sungai Gangga dan Teluk Benggala.

"Pada waktu subuh, terdapat lautan manusia di kawasan itu, walaupun disembur dengan air, namun mereka masih berendam di dalam sungai dan hampir semua tidak memakai pelitup muka," katanya.

Sementara itu, seorang jurugambar AFP memberitahu, jumlah penganut Hindu yang hadir dalam perayaan itu tahun ini berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Semburan air itu, menghalang sebahagian daripada penganut Hindu tersebut, namun kebanyakannya masih meneruskan perjalanan," katanya.

Pegawai polis yang bertugas di kawasan itu pula mendedahkan, mustahil bagi pihak berkuasa mengenakan sekatan COVID-19.

"Kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk ingkar arahan pihak berkuasa dan melanggar peraturan ditetapkan," katanya. - AFP

Media Baharu