fb fb fb fb fb

Omicron: Lapangan terbang Hong Kong sekat penumpang transit dari 153 negara

FOTO AFP

HONG KONG, 14 Januari- Penumpang dari lebih 150 negara tidak akan dibenarkan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, bermula Ahad ini selama sebulan.

Kenyataan pihak lapangan terbang menyebut, ia langkah terbaru sekatan perjalanan bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di bandar hab kewangan China itu.

Hong Kong menyenaraikan wilayah mengikut kategori berdasarkan tahap penyebaran jangkitan COVID-19 dengan 153 negara kini diklasifikasikan dalam Kumpulan A.

"Penumpang transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dalam kumpulan A atau yang pernah tinggal dalam tempoh 21 hari tidak akan dibenarkan masuk, menurut kenyataan lapangan terbang itu yang turut menjelaskan sekatan dibuat untuk mengawal penularan varian Omicron.

Lapan negara kumpulan A iaitu Australia, Kanada, Perancis, India, Filipina, Pakistan, United Kingdom dan Amerika Syarikat sudah tersenarai antara terlibat, iaitu pengembara tidak dibenarkan masuk ke Hong Kong.

Langkah itu dilihat menjadikan Hong Kong semakin terasing daripada dunia luar tatkala hab kewangan China itu berusaha merealisasikan polisi sifar-Covid.

Tindakan itu menyukarkan syarikat penerbangan dan ada sesetengah sudah mengelak ke wilayah di China itu disebabkan peraturan kuarantin amat ketat. -AFP

Media Baharu