fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba letak jawatan

Shigeru Ishiba / Foto Reuters

TOKYO, 8 September – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba meletak jawatan pada Ahad selepas gabungan pemerintahannya tewas dalam siri pilihan raya, sekali gus mengarahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) mengadakan pemilihan kepimpinan tergempar.

Tindakan terakhir beliau sebagai Perdana Menteri ialah memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, melibatkan pelaburan Jepun berjumlah AS$550 bilion sebagai pertukaran pengurangan tarif oleh Presiden AS, Donald Trump.

Ishiba, yang hanya memegang jawatan kurang setahun, menyaksikan partinya kehilangan majoriti di kedua-dua dewan parlimen berikutan kemarahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup.

“Sekarang rundingan mengenai tarif AS telah mencapai titik perubahan, saya fikir ini masa sesuai untuk berundur dan memberi laluan kepada pengganti,” katanya pada sidang media. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN