BEIJING, 11 Jun- Perdana Menteri China, Li Qiang akan melakukan lawatan rasmi ke New Zealand, Australia dan Malaysia dari 13 hingga 20 Jun, lapor Xinhua yang memetik jurucakap Kementerian Luar, Lin Jian, hari ini.
Lawatan Li adalah atas jemputan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam lawatannya ke Australia, Li akan bersama-sama Albanese mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Pemimpin China-Australia, kata Lin. -BERNAMA-XINHUA