fb fb fb fb fb

Perayaan songkran: Polis Thailand beri jaminan keselamatan pelancong

Foto AFP

KOTA BHARU, 12 April- Polis Thailand memberi jaminan ke atas pelancong termasuk dari Malaysia yang berkunjung ke negara itu bahawa keselamatan mereka akan dijaga sepanjang perayaan Songkran.

Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh), Leftenan Kolonel Sakarin Anusamansakul berkata pihak berkuasa telah mempertingkatkan langkah keselamatan untuk memastikan tiada insiden tidak diingini sepanjang sambutan tahun ini.

“Pelancong termasuk dari Malaysia yang mengunjungi selatan Thailand tidak perlu bimbang kerana langkah keselamatan tambahan telah diambil.

Ini termasuk meningkatkan pemantauan selain itu agensi kerajaan termasuk pejabat kesihatan dan pejabat daerah turut digerakkan bagi membantu pelancong asing,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata pihak berkuasa termasuk pasukan tentera dan sukarelawan turut ditempatkan untuk mengawal lalu lintas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Di Thailand, perayaan Songkran disambut dari 13 hingga 15 April.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM