fb fb fb fb fb

Perang Rusia-Ukraine, empat juta kanak-kanak hidup dalam kemiskinan

(FOTO AFP)

PARIS, 17 Oktober- Percerobohan Rusia ke atas Ukraine dan kejatuhan ekonomi menyebabkan empat juta kanak-kanak hidup dalam kemiskinan di Timur Eropah dan Asia Tengah.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), jumlah itu meningkat 19 peratus sejak 2021.

Jumlah tersebut berdasarkan kesimpulan data dari 22 buah negara.

"Golongan kanak-kanak menanggung beban paling berat daripada krisis ekonomi yang disebabkan oleh perang di Ukraine," katanya.

Agensi kanak-kanak PBB itu turut memaklumkan, kanak-kanak Rusia dan Ukraine merupakan golongan paling terjejas sejak serangan pada Februari lepas.

"Rusia menyumbang hampir tiga perempat daripada jumlah bilangan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan akibat perang Ukraine dan kos sara hidup di seluruh rantau ini," jelas UNICEF.

"Dengan tambahan 2.8 juta kanak-kanak kini tinggal dalam isi rumah bawah paras kemiskinan.

(Seorang penduduk tempatan membersihkan serpihan di sebelah bangunan kediaman yang musnah akibat
serangan peluru berpandu di Konstantinovka, wilayah timur Donetsk pada 14 Oktober 2022/AFP)

Tamparan kepada ekonomi Rusia daripada sekatan Barat digabungkan dengan populasi yang besar untuk menghasilkan kesan yang besar.

"Ukraine adalah rumah kepada setengah juta kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan," tambah UNICEF.

Romania berada di belakang dengan 110,000 lagi kanak-kanak dalam kemiskinan.

"Kanak-kanak di seluruh rantau ini sedang hanyut dalam perang yang mengerikan," kata Pengarah Serantau UNICEF untuk Eropah dan Asia Tengah, Afshan Khan.

"Jika kita tidak menyokong kanak-kanak dan keluarga ini sekarang, peningkatan mendadak dalam kemiskinan kanak-kanak hampir pasti akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kehilangan pembelajaran dan kehilangan masa depan," katanya.-AFP

Media Baharu