(FOTO AFP)
DOHA, 17 Oktober- Qatar pada Ahad memaklumkan, lebih 1.5 juta orang telah memohon pas wajib untuk menyaksikan kejohanan Piala Dunia 2022, yang bermula 20 November ini.
Pengarah Agensi pengeluar pas Hayya, Saad Al-Suwaidi berkata antara 1.5 juta dan 1.7 juta orang setakat ini telah memohon pas itu.
Ia berfungsi sebagai visa, tiket perlawanan, tiket pengangkutan dan memberi akses kepada beberapa zon peminat.
Semua pengembara ke Qatar memerlukan pas untuk masuk mulai 1 November, sama ada mereka berhasrat untuk menonton perlawanan atau tidak.
Qatar menjangkakan kehadiran lebih satu juta pelawat asing, serta ratusan ribu peminat domestik.
Penyokong antarabangsa perlu memohon pas selepas membeli tiket dan mendapatkan penginapan.
Dua lapangan terbang antarabangsa Doha sedang bersedia untuk mengendalikan 150,000 penyertaan sehari, kata seorang pegawai.-AFP
(Sepanduk yang menggambarkan pemain bola sepak tergantung di bangunan di ibu negara
Qatar, Doha menjelang Piala Dunia bola sepak FIFA tahun ini, pada 16 Oktober 2022/AFP)