fb fb fb fb fb

Khidmat KakaoTalk tergendala, Presiden Korea Selatan arah tindakan susulan

(FOTO REUTERS)

SEOUL, 17 Oktober- Pegawai telah diarah membuat langkah susulan selepas Kakao Corp, pengendali sembang utama Korea Selatan mengalami gangguan perkhidmatan yang meluas pada hujung minggu, berikutan kebakaran yang berlaku di pusat data.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol.

"Untuk memastikan pemulihan yang cepat, saya bercakap dengan Menteri Sains dan ICT pada hujung minggu dan meminta untuk mengkaji semula bagaimana kerajaan harus bertindak balas untuk mencegah (berulang) dan (melaksanakan) langkah susulan," kata Yoon.

Kebakaran pada 15 Oktober lalu menyebabkan KakaoTalk, aplikasi sembang mudah alih terbesar di negara itu dengan lebih 47 juta pengguna aktif mengalami gangguan perkhidmatan besar-besaran.

Keadaan tersebut menyebabkan syarikat mengeluarkan permohonan maaf kepada pelanggan.

(Yoon Suk-yeol/REUTERS)

Saham Kakao Corp Korea Selatan menjunam hari ini selepas gangguan yang meluas mencetuskan tindak balas politik keras dan menggesa untuk meningkatkan penelitian terhadap penguasaan pasaran syarikat.

Yoon berkata perkhidmatan Kakao adalah seperti "rangkaian telekomunikasi nasional asas" dan menambah badan pemerhati antitrust negara itu Suruhanjaya Perdagangan Adil akan meneliti isu monopoli syarikat berkenaan.-REUTERS

Media Baharu