fb fb fb fb fb

Perancis dilanda suhu panas tertinggi

Bordeaux, 13 September - Perancis mencatatkan rekod suhu panas tertinggi pada bulan ini, susulan fenomena strok haba di Eropah.

Di Mont-de-Marsan misalnya, bahang panas merekodkan bacaan mencecah 39.1 darjah celsius.

Cuaca panas di Bandar Bordeaux pula meningkat kepada 37.5 darjah celsius, tertinggi sejak 1987.

Perkhidmatan Cuaca Meteo Perancis memaklumkan, fenomena luar biasa itu turut disumbangkan melalui tiupan angin panas dari Maghribi.


(FOTO AFP)

Selain kehadiran taufan pasca-tropika Danielle yang kini berada di perairan Portugal.

Cuaca panas tersebut mendorong berlakunya pembakaran hutan secara berleluasa.

Sejak beberapa bulan lalu, lebih 30,000 hektar telah terbakar sekali gus memaksa ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Selain mengakibatkan kematian dan kemusnahan habitat liar. -AFP

Media Baharu