fb fb fb fb fb

Ukraine berjaya tawan semula 6,000km persegi wilayah bulan ini

(Foto pada 11 September 2022, menunjukkan kapal pengangkut berperisai Rusia yang ditinggalkan berhampiran sebuah kampung
di pinggir Izyum, Wilayah Kharkiv, timur Ukraine, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/Foto AFP)

KIEV, 13 September- Tentera Ukraine berjaya menawan semula 6,000 kilometer persegi wilayahnya dari Rusia, menerusi serangan balas bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Volodymyr Zelensky dalam ucapan hariannya, pada Isnin.

"Sejak awal September, askar kami telah membebaskan 6,000km persegi wilayah Ukraine di timur dan selatan, dan kami akan bergerak lebih jauh," kata Zelensky.

Ukraine mendakwa kejayaan besar dalam serangan balas pantasnya di wilayah Kharkiv di timur laut, menyaksikan berpuluh-puluh kawasan termasuk bandar Izyum, Kupiansk dan Balakliya dirampas semula.

Kiev juga mendakwa telah menawan kembali 500km persegi wilayah Kherson selatan.

(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), 
Antony Blinken yang membuat lawatan mengejut ke Kiev pada 8 September 2022/Foto fail AFP)

Sementara itu, Badan pemikir Institut Kajian Perang yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa 'Ukraine telah mengubah arus memihak kepadanya, tetapi serangan balas semasa tidak akan menamatkan perang".-AFP

Media Baharu