fb fb fb fb fb

Black Hawk terhempas, tiga orang terbunuh - Taliban

(Black Hawk/fail AFP)

KABUL, 12 September- Sebuah helikopter Black Hawk yang dikendalilkan Taliban selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan tahun lalu, terhempas ketika menjalani latihan hujung minggu, menyebabkan dua juruterbang dan seorang kru kapal terbunuh.

Menurut kementerian pertahanan, kejadian berlaku pada Sabtu di kawasan kampus universiti kementerian pertahanan di ibu negara, Kabul.

Helikopter tersebut terhempas “disebabkan masalah teknikal ketika juruterbang menjalani latihan,” kata kementerian pertahanan yang turut memaklukan lima anak kapal cedera.

Tahun lalu, ketika pasukan tentera AS meninggalkan Afghanistan, mereka telah meninggalkan beberapa jet pejuang termasuk helikopter, kenderaan, senjata dan peralatan tentera lain yang bernilai berbilion dolar -- kebanyakannya dikatakan tidak boleh digunakan lagi.

Beberapa helikopter ada yang pernah diterbangkan oleh bekas tentera kerajaan Afghanistan ke negara Asia Tengah, sebelum Taliban mengambil alih ketua pentadbiran Afghanistan sepenuhnya.

Taliban dilapor berjaya menyelenggara dan memulihkan beberapa kelengkapan tentera termasuk helikopter yang dipercayai kini diterbangkan oleh juruterbang dari bekas tentera kerajaan.

Taliban mempamerkan pelbagai peralatan semasa perarakan tentera pada 31 Ogos ketika mereka meraikan ulang tahun pertama mereka kembali berkuasa. -AFP


(Foto Hiasan/AFP)

Media Baharu