fb fb fb fb fb

USAID peruntuk AS$60 juta untuk Sri Lanka

COLOMBO, 12 September - Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) mengumumkan pakej bantuan AS$60 juta untuk Sri Lanka, susulan negara itu kini berdepan krisis kewangan yang sangat kritikal.

Pakej bantuan berkenaan diumumkan Ketua USAID, Samantha Power.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, AS$40 juta adalah untuk import baja, manakala AS$ 20 juta lagi bantuan berbentuk kemanusiaan.

Samantha Power yang sedang mengunjungi Sri Lanka membuat pengumuman itu, keputusan tersebut setelah dia bertemu dengan perwakilan petani di Ja-Ela di luar ibu kota, di sini.

Bantuan baja diberikan susulan musim tanaman akan bermula tidak lama lagi melibatkan 1 juta petani.

(FOTO REUTERS)

Beliau menjelaskan, rakyat Sri Lanka juga telah bersatu dengan menuntut perubahan.

Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan kerana kekangan mata wang asing untuk membayar import.

Menurut Program Pangan Dunia, lebih dari enam juta orang atau hampir 30 peratus daripada populasi Sri Lanka ketika ini menghadapi masalah kewangan serius .- AFP

Media Baharu