fb fb fb fb fb

Perancis cadang gencatan senjata sementara di Lubnan

Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 26 September- Perancis mencadangkan pelaksanaan gencatan senjata selama 21 hari di Lubnan, berikutan jumlah kematian meningkat akibat serangan Israel terhadap Hizbullah.

Cadangan itu diutarakan ketika mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Perancis menggariskan cadangan tersebut dalam sesi kecemasan Majlis Keselamatan, selepas presidennya Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya Joe Biden berbincang perkara berkenaan.

Menurut Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot, dua kuasa Barat itu mencadangkan gencatan senjata sementara bagi membolehkan rundingan.

"Penting agar semua pihak terlibat bertindak tegas dalam usaha mengurangkan ketegangan," kata Barrot.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut menggesa gencatan senjata segera di Lubnan. -AFP

ROSLINA BINTI DIN