fb fb fb fb fb

Penyiasat siri 'Murder, She Wrote' meninggal dunia

Foto Reuters

(Orang ramai mengambil gambar Bintang mendiang pelakon Angela Lansbury yang dihiasi dengan bunga
di Hollywood Walk of Fame di Los Angeles, California, A.S.
)

AMERIKA SYARIKAT, 13 Oktober- Angela Lansbury, yang terkenal dengan watak Jessica Fletcher, penulis yang menyelesaikan jenayah misteri dalam drama TV, Murder, She Wrote, meninggal dunia pada usia 96 tahun di rumah di Los Angeles, menurut kenyataan daripada anak-anaknya.

Angela, pelakon kelahiran Britain yang kerjayanya menjangkau lapan dekad dan menghasilkan potret kekal dengan pelbagai watak daripada penjahat hingga pelakon dan watak komik ringan dalam filem, di pentas dan televisyen.


(Pelakon Angela Lansbury, yang menyuarakan watak Puan Potts, bergambar semasa dia tiba untuk sambutan ulang tahun ke-25
"Beauty and the Beast" di Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak di Beverly Hills, A.S pada Mei 2016 / Foto Reuters)

Pelakon itu meninggal dunia dalam tidur pada pukul 1:30 pagi Selasa, lima hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-97.

Selain tiga anaknya, Anthony, Deirdre dan David, mendiang meninggalkan suami, tiga cucu, serta lima cicit dan abangnya, penerbit Edgar Lansbury.

Angela adalah antara bintang terakhir Zaman Keemasaan Hollywood yang menerima Oscar kehormat untuk Pencapaian Sepanjang Hayat dalam industri perfileman.

Angela diberi penghormatan menerima Special Tony Awards 2022 untuk Pencapaian Sepanjang Hayat pada 2022, walaupun beliau tidak hadir berikutan penularan wabak coronavirus.

Angela juga merupakan penerima Pingat Seni Kebangsaan dan Penghormatan Pusat Kennedy, dan Ratu Elizabeth II menamakannya sebagai Komander Dame Empayar British.- REUTERS



Media Baharu