fb fb fb fb fb

Aung San Suu Kyi dijatuhi lagi enam tahun penjara

Foto Reuters

MYANMAR, 13 Oktober- Mahkamah di Myanmar mensabitkan kesalahan pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi, atas dua lagi pertuduhan rasuah hari ini.

Junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun lagi kepada Aung San Suu Kyi atas kesalahan rasuah, menjadikan keseluruhan tempoh penjara pemenang hadiah Nobel itu kepada 26 tahun.


(Bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi / Foto Reuters)

Suu Kyi 77, dihukum penjara tiga tahun bagi setiap satu daripada dua kes rasuah di mana beliau dituduh menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

Menurut sumber kerajaan, hukuman berkenaan akan dijalankan serentak.

Ditahan sejak pemberontakan pada tahun lalu,1 Februari 2021 sewaktu tentera merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Suu Kyi disabit kesalahan rasuah serta beberapa kesalahan lain yang didakwa di mahkamah tertutup junta.

Dalam kes terkini, pemenang anugerah Nobel itu yang berada di bawah tahanan pihak tentera sejak beliau digulingkan, dituduh menerima rasuah berjumlah AS$550,000 (RM2.3 juta) dari usahawan Maung Weik seorang hartawan yang disabitkan dengan pengedaran dadah.

Suu Kyi yang menafikan semua tuduhan terhadapnya akan mengemukakan rayuan.

Beliau sedang dibicarakan bagi lima lagi tuduhan rasuah. - REUTERS

Media Baharu