fb fb fb fb fb

500 Ikan paus mati terdampar di pantai New Zealand

Foto Reuters

WELLINGTON, 13 Oktober- Kira-kira 500 ikan paus dilaporkan mati terdampar di kepulauan Chatham yang terpencil di New Zealand.

Kejadian berlaku dua minggu, selepas kira-kira 200 paus mati di Australia selepas terdampar di pantai terpencil Tasmania.


(Lokasi ikan paus mati terdampar di Pulau Chatham, New Zealand)

Menurut jurucakap Project Jonah, sebuah NGO yang membantu menyelamatkan ikan paus, tiada seekor pun paus yang terdampar itu boleh diapungkan semula.

Semuanya mati sama ada secara semula jadi atau dibunuh secara eutanasia iaitu mematikannya secara perlahan-lahan.

Jabatan Pemuliharaan berkata 232 ikan paus terdampar pada Jumaat di Pantai Tupuangi dan 245 lagi di Teluk Waihere pada Isnin.

Ikan paus terdampar secara besar-besaran adalah biasa di New Zealand, terutamanya semasa musim panas.

Saintis bagaimanapun tidak tahu sepenuhnya punca insiden paus terkandas secara besar-besaran, tetapi segelintir penyelidik berpandangan pod tergelincir dari landasan selepas mencari makan terlalu hampir dengan pantai.

Kerana lokasi pantai yang terpencil, bangkai ikan paus tidak akan dikebumikan atau ditarik keluar ke laut, sebaliknya akan dibiarkan reput.- AFP




Media Baharu