fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Venezuela, 43 maut

Foto Reuters

(Seorang penduduk mengalihkan lumpur di dalam rumah selepas banjir besar melanda bandar itu/ Foto Reuters)

VENEZUELA, 13 Oktober- Angka korban dalam insiden tanah runtuh di bandar Las Tejerias, Aragua, Venezuala dikhuatiri terus meningkat.

Timbalan Presiden Venezuela Delcy Rodriguez berkata kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda bandar itu setakat ini telah mengorbankan 43 orang.


(Penduduk terjejas akibat banjir mengambil pakaian yang disumbangkan di Las Tejerias, di negeri Aragua, Venezuela / Foto Reuters)

Presiden Nicholas Maduro sebelum itu memaklumkan bahawa 39 orang disahkan terkorban manakala 56 masih hilang.

Menurut Rodriguez, pihaknya menjangkakan angka korban hampir 100 orang dalam tragedi berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan bekalan air bersih serta 300 tan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Rodriguez juga memaklumkan bahawa 95 peratus daripada grid kuasa dan lapan daripada 19 telaga air berjaya dipulihkan. - REUTERS

Media Baharu