fb fb fb fb fb

Iran, AS sertai pusingan keempat rundingan nuklear di Muscat

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi/Reuters

MUSCAT, 11 Mei - Iran dan Amerika Syarikat menghadiri pusingan keempat rundingan mengenai program nuklear Tehran, pada Ahad.

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata, rundingan yang berlangsung hari ini di Muscat, Oman bahawa proses perundingan sedang berjalan tetapi memerlukan lebih banyak masa dan pertimbangan.

Rundingan yang sepatutnya dijadual pada 3 Mei lalu telah ditunda atas alasan "logistik", menurut Oman.

Penangguhan itu diumumkan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan baharu ke atas Iran.

Negara-negara barat, termasuk Amerika Syarikat sebelum ini menuduh Iran cuba mendapatkan senjata nuklear. Bagamanapun Tehran menafikannya.

Utusan AS bagi Timur Tengah Steve Witkoff yang mengetuai delegasi Washington dalam rundingan itu memberi amaran pihaknya akan mengambil langkah lain jika rundingan itu tidak membuahkan hasil.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei, berkata delegasi Iran terdiri daripada pakar dan golongan profesional.

Pertemuan pada Ahad berlangsung hanya beberapa hari sebelum lawatan serantau Presiden Donald Trump ke Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi. - AFP

TETITIA YUSOFF