fb fb fb fb fb

Penyerang letupkan bom tangan di luar balai polis Armenia

FOTO AFP

YEREVAN, 25 Mac- Sekumpulan penyerang meletupkan bom tangan di luar balai polis di ibu kota Armenia, Yerevan, pada Ahad.

Serangan itu disifatkan kerajaan sebagai percubaan untuk merampas bangunan itu.

“Pada 5.00 petang, tiga lelaki bersenjata cuba menyerbu balai polis daerah Nor-Nork dan meletupkan bom tangan,” kata Kementerian Dalam Negeri.

"Dua daripada kumpulan penyerang itu cedera akibat letupan bom tangan dan dimasukkan ke hospital. Seorang lelaki bersenjata kekal di luar balai polis," tambahnya.

Seorang wartawan AFP di tempat kejadian melihat seorang lelaki berdiri di pintu masuk bangunan dan menjerit mengugut untuk meletupkan bom tangan.

Dia kemudiannya berjaya ditahan, kata jurucakap kementerian dalam negeri, Narek Sargsyan, kepada AFP.

"Lelaki itu berada dalam keadaan tidak waras dan mustahil untuk memahami apa yang dituntutnya," kata Sargsyan, sambil menambah bahawa tidak ada yang cedera dalam kalangan pasukan polis.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE