fb fb fb fb fb

Penyerang acu pistol ke Naib Presiden Argentina, mahu bunuh pemimpin itu

(Foto oleh agensi berita Telam pada 6 September 2022, menunjukkan Fernando Andres
Sabag Montiel (kanan) dan 
teman wanitanya Brenda Uliarte bergambar dengan pistol
didakwa digunakan untuk menyerang 
Naib Presiden Argentina/AFP)

BUENOS AIRES, 8 September- Lelaki yang dituduh cuba menembak Naib Presiden Argentina, Cristina Kirchner telah merancang serangan itu bersama teman wanitanya, kata hakim yang bertanggungjawab dalam siasatan itu pada Rabu.

Suspek yang didakwa dalam serangan itu minggu lalu, Fernando Sabag Montiel, dan teman wanitanya, Brenda Uliarte, kedua-duanya kini dalam tahanan, dituduh cuba membunuh Kirchner kata Hakim Maria Eugenia Capuchett, menurut agensi berita Telam.

Minggu lalu, De Kirchner, terselamat daripada cubaan bunuh oleh seorang suspek bersenjatakan pistol di luar kediamannya.

Dia dikerumuni penyokong di luar kediamannya apabila seorang lelaki bersenjata mengacukan pistol tepat ke arah mukanya.

Presiden Alberto Fernandez memaklumkan, senjata api itu mengandungi lima peluru, namun tidak kena pada sasaran ketika tembakan dilepaskan.

Cubaan bunuh itu berlaku ketika De Kirchner baru pulang dari mahkamah selepas menjalani perbicaraan bagi kes rasuah terhadapnya, selepas dia menafikan pembabitannya dalam sebarang skandal rasuah.

Pemimpin berusia 69 tahun itu didakwa terbabit rasuah ketika menjadi presiden antara 2007 dan 2015.

Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah de Kirchner sebelum naib presiden itu menundukkan kepalanya.

Satu lagi video menunjukkan orang ramai cuba melindungi naib presiden daripada supek. -AFP


(Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki mengacukan pistol ke arah Naib Presiden
Argentina Cristina Fernandez de Kirchner 
ketika dia tiba di kediamannya di Buenos Aires
pada 1 September 2022/AFP)

Media Baharu