BEIJING, 3 Mei- Seramai 14 ahli penyelidik yang menyertai misi ekspedisi saintifik di Gunung Qomolangma atau lebih dikenali sebagai Everest, berjaya sampai ke kem North Col yang terletak pada ketinggian 7,028 meter dari paras laut pada pukul 7 malam Isnin.
Cuaca di kem dilaporkan baik dan seorang penyelidik didapati kurang sihat manakala selebihnya dalam keadaan baik.
Justeru itu, 13 penyelidik akan meneruskan perjalanan menuju ke kem yang terletak pada ketinggian 8,300 meter dari paras laut pada 9 pagi dan dijangka sampai ke destinasi kira-kira pukul 6 petang.
Pasukan itu kemudian akan meneruskan perjalanan ke puncak gunung berkenaan pada pukul 3 pagi Rabu.
Pada Khamis lepas, China melancarkan ekspedisi saintifik "Misi Kemuncak" di Gunung Qomolangma, puncak tertinggi dunia yang terletak di sempadan China-Nepal.- BERNAMA
(Syot layar AFP)