fb fb fb fb fb

Pertikaian wilayah Nagorno-Karabakh, Perdana Menteri Armenia dituduh khianat

YEREVAN, 4 Mei - Polis Armenia menahan lebih 200 penunjuk perasaan anti kerajaan ketika parti pembangkang meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri, Nikol Pashinyan berhubung cara beliau mengendalikan pertikaian wilayah dengan Azerbaijan.

Protes yang diteraju kebanyakan pemimpin pembangkang itu, menuntut Pashinyan meletakkan jawatan selepas beredar ura-ura kerajaan merancang menyerahkan kesemua wilayah Nagorno-Karabakh yang menjadi pertikaian kedua-dua negara itu sejak tahun 2020.

Ketua pembangkang dan Naib Speaker Parlimen, Ishkhan Saghatelyan dilaporkan berkata ia pengkhianatan kepada rakyat dan sejarah negara itu.

"Nikol mesti pergi. Dia adalah simbol kekalahan dan Armenia tidak mempunyai masa depan dengan pemimpin sepertinya. Beliau lebih rela menyerahkan Karabakh yang telah kita pertahankan bermati-matian," katanya.

Demonstrasi yang meletus sejak minggu lalu adalah yang terbesar sejak pilihan raya September tahun lalu.

 


(FOTO AFP)

Pertikaian terhadap wilayah tersebut berlarutan antara kedua negara sejak berdekat lamanya. Ia mencapai kemuncak apabila kedua-dua negara terlibat dengan perang enam minggu pada 2020 yang meragut lebih 6,500 nyawa sebelum berakhir dengan perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Rusia. - AFP

Media Baharu