fb fb fb fb fb

1.1 Juta penduduk dievakuasi ke Rusia

UKRAINE, 3 Mei - 1.1 juta penduduk termasuk 200,000 kanak-kanak sudah dibawa keluar dari Ukraine ke Rusia melalui proses evakuasi sejak 24 Februari lalu.

Angka itu merangkumi 11,500 penduduk yang dipindahkan semalam, tanpa pemantauan Kiev.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, proses evakusi termasuk dari wilayah Luhansk dan Donetsk yang diiktiraf Moscow sebagai merdeka.

Moscow mendakwa, ada antara penduduk dibawa keluar atas permintaan mereka sendiri.

Namun, Kiev mendakwa Moscow memindahkan ribuan orang ke Rusia secara paksa sejak konfrantasi meletus Februari lalu.


(Foto/Reuters)

Semalam, kumpulan pertama orang awam yang dipindahkan dari sebuah loji keluli gergasi di Mariupol yang dikepung, tiba di bandar Zaporizhzhia yang dikuasai Ukraine.

Media Baharu