fb fb fb fb fb

Bangunan runtuh di China: Mangsa kesembilan berjaya diselamatkan

(Berpuluh-puluh orang terperangkap di bawah sebuah bangunan yang runtuh pada 30 April lalu/FOTO AFP)

HUNAN, 3 Mei - Pasukan penyelamat China hari ini berjaya mengeluarkan mangsa kesembilan selepas 88 jam terperangkap dalam tragedi bangunan runtuh di bandar Changsha, Wilayah Hunan.

Ini selepas kejayaan pasukan penyelamat pada Isnin mengeluarkan mangsa kelapan di sebalik sisa runtuhan bangunan kediaman lapan tingkat yang runtuh Jumaat lepas.

Mangsa seorang wanita dikeluarkan kira-kira pukul 4.15 pagi waktu tempatan dan dibawa ke hospital.

Menurut Timbalan Ketua Pasukan Pakar Penyelamat, Chen Da Chuan, mangsa seorang wanita dikeluarkan kira-kira pukul 4.15 pagi waktu tempatan dan dibawa ke hospital.

"Terdapat ramai mangsa dipercayai masih hidup di bawah runtuhan bangunan dan operasi menyelamat sedang dijalankan dengan anggota bomba bekerja sepanjang masa di tempat kejadian.

"Berhampiran lokasi mangsa kelapan yang ditarik keluar, kami telah mengesan seorang lagi yang terselamat. Kami kini melaksanakan usaha menyelamat," katanya.

(Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa disebalik bangunan enam tingkat yang runtuh di Changsha, Wilayah Hunan pada 30 April lalu/FOTO AFP)

Sekurang-kurangnya 39 penduduk masih hilang manakala 23 lagi dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pasukan penyelamat menggunakan pelbagai peralatan termasuk radar, audio, video dan anjing pengesan dalam operasi itu. - AFP

Media Baharu