fb fb fb fb fb

Penyaluran gas Power of Siberia-2, Rusia-China bakal tandatangan kontrak bersama

Foto Reuters

MOSCOW, 17 Mei- Rusia dan China dijangka akan menandatangani kontrak berhubung penyaluran paip gas Power of Siberia-2, yang membawa gas Rusia ke China, dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak, melalui sumber Interfax, pada lewat Khamis.

Rusia telah berbincang selama bertahun-tahun tentang usaha membina saluran paip Power of Siberia-2 untuk membawa 50 bilion meter padu gas asli setahun dari wilayah Yamal di utara Rusia ke China melalui Mongolia.

Novak, mewakili Presiden Vladimir Putin dalam sektor minyak dan gas Rusia, antara ahli delegasi rasmi Rusia yang kini dalam lawatan ke China, meski Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom (GAZP.MM), Alexei Miller tidak mengikuti kumpulan itu.

Putin dan Xi Jinping telah menjanjikan era baharu terhadap perkongsian strategik dalam perjalanan itu, apabila pemimpin Rusia itu semakin beralih ke China untuk menyokong ekonomi zaman perangnya.

"Kami juga merancang untuk menyelesaikan semakan dan menandatangani kontrak untuk pembinaan saluran paip gas dengan kapasiti 50 bilion meter padu gas melalui wilayah Mongolia dalam masa terdekat", kata Novak dipetik sebagai berkata di Rossiya-1, siaran televisyen negeri, yang merujuk kepada saluran paip Power of Siberia-2.

"Selain itu, Moscow dan Beijing juga sedang mengusahakan "projek baharu lain", kata Novak.

Rusia telah mengemukakan idea saluran paip itu bertahun-tahun lalu, tetapi ia telah mendapat perhatian segera apabila Moscow melihat ke China untuk menggantikan Eropah sebagai pelanggan gas utamanya.

Saluran paip sepanjang 2,600 km itu boleh membawa 50 bilion meter padu (bcm) gas setahun, kurang sedikit daripada saluran paip Nord Stream 1 yang kini tidak berfungsi yang menghubungkan Rusia ke Jerman di bawah Laut Baltik.

Saluran paip Power of Siberia yang pertama berjalan sejauh 3,000 km (1,865 batu) melalui Siberia dan ke wilayah Heilongjiang, timur laut China.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM