MALMO, 12 Mei- Sekurang-kurangnya 10 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan semasa tunjuk perasaan menentang penyertaan Israel menjelang pertandingan akhir pertandingan lagu Eurovision 2024, semalam.
Antara yang menyertai protes berkenaan, aktivis iklim Sweden Greta Thunberg.
Penunjuk perasaan berkumpul di dataran tengah bandar Malmo sebelum berarak ke arah tempat venue pertandingan sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan "Eurovision bersatu dengan pembunuhan beramai-ramai".
Polis menganggarkan antara 6,000 dan 8,000 orang menyertai demonstrasi tersebut.
Perhimpunan yang bermula aman itu kemudian dicemari dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan peserta protes.
Israel memulakan serangan ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu menyaksikan hampir 34,950 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh, dan hampir 78,600 lagi cedera.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan sementara pada bulan Januari mengatakan adalah "masuk akal" bahawa Tel Aviv melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, mengarahkannya menghentikan perbuatan tersebut dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
Afrika Selatan pada hari Jumaat meminta ICJ mengarahkan Israel berundur dari Rafah sebagai sebahagian daripada langkah kecemasan tambahan berhubung perang.- REUTERS