fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan mogok bantah RUU umur pencen baharu

(FOTO AFP)

RENNES, 16 Mac - Berpuluh ribu penunjuk perasaan melancarkan mogok terhadap Presiden Perancis, Emmanuel Macron berhubung Rang Undang-Undang (RUU) umur pencen baharu.

Suasana di Dewan Negara turut tegang apabila majoriti konservatif memihak untuk meningkatkan umur persaraan.

Bagaimanapun keputusan sama ada RUU tersebut diluluskan atau tidak akan dibuat esok selepas undian.

(FOTO AFP)

Langkah terbaru untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun itu menyebabkan kemuncak ketegangan politik.

Sehingga ianya menimbulkan persoalan sama ada RUU itu akan mendapat majoriti di Parlimen.

Sementara itu, kesatuan sekerja berharap demonstrasi di seluruh negara akan menunjukkan tentangan besar-besaran oleh pekerja.

Presiden Macron berkata pembaharuan itu sebagai teras untuk menjadikan ekonomi Perancis lebih berdaya saing.

Manakala Ketua Parti Republikan konservatif, Eric Ciotti berkata demi kepentingan negara beliau mengarahkan semua untuk mengundi menyokong pembaharuan itu.

Tetapi penggubal undang-undang konservatif berpecah dan menjadikan keputusan di dewan rendah sukar untuk diramalkan.

Antara pilihan lain ialah menggunakan kuasa perlembagaan khas untuk memaksa RUU itu melalui Parlimen dan diluluskan tanpa undi.-AFP

Media Baharu