fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan bakar dua kereta peronda di selatan Mexico

Foto AFP

BANDAR MEXICO, 10 Mac- Penunjuk perasaan membakar dua kenderaan peronda di negeri selatan Mexico, Guerrero pada Sabtu semasa protes akibat kematian seorang pelajar di tangan polis, baru-baru ini.

Menurut wartawan AFP yang juga saksi memaklumkan bahawa kenderaan itu dibakar di lebuh raya di perbandaran Tixtla, kira-kira 20 kilometer dari ibu negeri Chilpancingo.

Media tempatan melaporkan bahawa kenderaan itu milik pengawal kebangsaan, serta penunjuk perasaan turut menahan pemandunya.

Protes bermula selepas seorang pelajar dari maktab perguruan Ayotzinapa ditembak mati dan seorang lagi cedera dalam konfrontasi bersama polis di Guerrero pada Khamis.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menjelaskan bahawa pasangan berkenaan menaiki kereta curi dan suspek lelaki telah melepaskan tembakan terlebih dahulu, ketika diarah berhenti oleh pihak polis.

Sekretariat keselamatan awam Guerrero turut menemukan satu senjata api di dalam kenderaan tersebut.

Insiden tembakan itu kini dalam siasatan pihak peguam negara dan pejabat pendakwa raya negeri.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM