TOKYO, 17 Januari- Sebuah pesawat syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) dilapor terpaksa berpatah balik ke Tokyo semasa dalam perjalanan ke Amerika Syarikat pada Rabu.
Menurut syarikat penerbangan Jepun itu, situasi berkenaan berlaku akibat daripada seorang penumpang yang bertindak menggigit seorang kru kabin semasa penerbangan.
"Penumpang merupakan seorang lelaki berusia 55 tahun warga Amerika dipercayai dalam keadaan mabuk, menggigit lengan anak kapal."
Oleh itu, anak kapal tersebut mengalami kecederaan ringan," kata jurucakap ANA kepada AFP.
Insiden itu mendorong juruterbang pesawat yang membawa 159 penumpang, berpatah balik ke arah Lapangan Terbang Haneda dan lelaki itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Menurut syarikat penyiar Jepun, TBS, siasatan awal mendapati penumpang itu tidak mengingati langsung tindakan anehnya itu di dalam pesawat.
"Ia adalah permulaan filem zombi," sindir warga maya di laman media sosial.
Kebelakangan ini, Jepun berdepan pelbagai isu hangat berkaitan sektor penerbangannya, dengan empat insiden berlaku dalam tempoh lebih dua minggu.
2 Januari lalu, pesawat penerbangan Jepun (JAL) berlanggar dengan pesawat pengawal pantai di Lapangan Terbang Haneda.
Kesemua 379 orang di dalam pesawat JAL Airbus itu melarikan diri sejurus sebelum pesawat itu terbakar.
Kemudian pada Selasa, hujung sayap pesawat Korean Air melanggar sebuah pesawat Cathay Pacific yang kosong semasa menaiki teksi di lapangan terbang di pulau utara Hokkaido.- AFP