fb fb fb fb fb

Fitnah kerabat diraja, aktivis demokrasi Thailand dipenjara empat tahun lagi

Foto Reuters

BANGKOK, 17 Januari- Seorang aktivis demokrasi terkemuka Thailand pada Rabu ditambah hukuman penjara empat tahun lagi kerana kesalahan memfitnah kerabat diraja.

Menurut pengkritik, Bangkok telah menggunakan undang-undang 'lese majeste' yang ketat untuk menutup pendapat dan hujah tertuduh di bawah undang-undang yang tegas untuk melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga.

Arnon Nampa, seorang peguam hak asasi manusia berusia 39 tahun telah menjalani hukuman penjara empat tahun kerana 'lese majeste' apabila mahkamah mendapati dia bersalah sekali lagi atas tiga mesej yang disiarkan di Facebook pada 2021.

“Mahkamah jenayah telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun lagi kepadanya,” kata wakil daripada Peguam Hak Asasi Manusia Thailand kepada AFP.

Protes kumpulan prodemokrasi yang diketuai pemuda Thailand menyaksikan puluhan ribu orang turun ke jalan untuk membuat gesaan untuk mereformasi sistem beraja.

Arnon kini menghadapi keseluruhan hukuman iaitu lapan tahun penjara.

Dia adalah salah seorang daripada lebih 150 aktivis yang telah didakwa di bawah undang-undang lese majeste', sering dirujuk sebagai "112" selepas seksyen berkaitan kanun jenayah.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM