MOSCOW, 17 Januari- Rusia akan membuka pusat mengundi bagi pilihan raya presiden pada Mac di tiga lokasi di Amerika Syarikat (AS), ketika hubungan kedua-dua negara berada di paras terendah sejak perang dingin ke atas Ukraine.
Bagaimanapun, perkara itu belum diumumkan secara rasmi oleh Moscow, dengan Rusia menggelar negara Eropah sebagai negara 'tidak mesra'.
Beribu-ribu rakyat Rusia telah meninggalkan negara mereka selepas Moscow menghantar tentera ke Ukraine, dengan ramai yang tinggal di negara Kesatuan Eropah (EU).
Pengundian pada 17 Mac itu dijangka akan memberi peluang kepada Presiden Vladimiri Putin memanjangkan pemerintahan sehingga sekurang-kurangnya tahun 2030.
Putin tidak menghadapi persaingan sengit dalam pilihan raya yang akan berlangsung, lebih daripada dua tahun sejak Rusia melancarkan serangan di Ukraine.
“Di AS, kami merancang untuk membuka tiga pusat mengundi iaitu di kedutaan kami di Washington, serta konsulat kami di New York dan di Houston,” kata duta Rusia, Anatoly Antonov dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh kedutaannya.
AS telah mempersenjatai Ukraine terhadap tentera Moscow dan negara barat telah mengenakan sekatan ekonomi yang besar ke atas Moscow.
“Kami meminta negara Eropah untuk memastikan sudut keselamatan,” kata jurucakap kementerian luar, Maria Zakharova minggu lalu.
Tambahnya, keputusan akan dibuat pada akhir Januari.
Putin, yang akan bertanding untuk penggal kelima presiden, telah berkuasa sejak 2000.- AFP