fb fb fb fb fb

Penularan cacar monyet di AS: Media, pakar salahkan pentadbiran Biden

(FOTO REUTERS)

AMERIKA SYARIKAT, 16 Ogos- Di Amerika Syarikat (AS) kes cacar monyet terus meningkat dengan pantas, melebihi 11,000 kes.

Situasi tersebut menyebabkan media dan pakar menyalahkan kelemahan pentadbiran Presiden Joe Biden dalam membendung wabak tersebut.

Menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, sebanyak 11,177 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Jumaat.

New York mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,295 kes, diikuti oleh California dengan 1,945 kes dan Florida dengan 1,085 kes.

Setakat ini, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes cacar monyet tertinggi di dunia.


(Pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan New York membantu orang ramai mendaftar untuk
vaksin cacar monyet di salah satu tapak vaksinasi/ AP)

Menurut laporan Politico, kelemahan pentadbiran Biden dalam menangani cacar monyet membolehkan penyakit itu bertapak di negara itu.

Kelemahan itu termasuk dalam pelaksanaan protokol ujian awal, pengedaran vaksin yang perlahan, kekurangan pembiayaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri.

Buktinya, hanya selepas tiga bulan wabak cacar monyet dikesan di Amerika Syarikat, kerajaan persekutuan akhirnya mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan pada 4 Ogos.- AFP

Media Baharu