fb fb fb fb fb

Pensyarah di Britain lancar mogok tuntut kenaikan gaji

(FOTO HIASAN)

LONDON, 13 Januari- Lebih 70,000 kakitangan di 150 universiti di seluruh Britain akan melancarkan mogok selama 18 hari antara Februari dan Mac dalam pertikaian membabitkan gaji, syarat dan pencen, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) berkata, tarikh sebenar mogok itu akan diputuskan minggu depan.

Kesatuan itu juga akan menjalankan undian semula kakitangan di semua 150 universiti untuk memperbaharui mandatnya dan membenarkan tindakan perindustrian diadakan pada 2023, termasuk pemulauan penandaan dan penilaian mulai April, melainkan pertikaian itu diselesaikan.

UCU berkata "masa semakin suntuk" untuk pentadbir universiti mengelak gangguan meluas tahun ini.

Setiausaha Agung UCU Jo Grady berkata: "Hari ini kesatuan kita bersatu untuk menyokong program tindakan mogok yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Masa semakin suntuk untuk sektor itu mencapai perjanjian atau berhadapan gangguan secara menyeluruh di sepanjang musim bunga.

Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji yang bersesuaian bagi menangani krisis kos sara hidup serta tindakan untuk menamatkan kontrak "tidak tiada jaminan".


(Lebih 70,000 kakitangan di 150 universiti di seluruh Britain melancarkan mogok pertikaian
membabitkan gaji, syarat dan pencen/REUTERS)

Kesatuan itu berkata Persatuan Majikan Universiti dan Kolej (UCEA), yang mewakili majikan universiti, menawarkan gaji antara 4 peratus dan 5 peratus kepada UCU pada Rabu yang menurut kesatuan itu sebagai tidak mencukupi.

"Kakitangan universiti mendedikasikan hidup mereka untuk pendidikan dan mereka mahu kembali bekerja, namun ia hanya akan berlaku jika naib canselor universiti menggunakan kekayaan besar sektor itu untuk menangani lebih sedekad kejatuhan gaji, amalan pekerjaan tidak selamat yang berleluasa dan pencen yang rendah. Pilihan di tangan mereka.”- BERNAMA

Media Baharu