fb fb fb fb fb

Penjara sesak, Ecuador beri pengampunan kepada 5,000 banduan

QUITO, 23 Februari- Presiden Ecuador, Guillermo Lasso mengumumkan kira-kira 5,000 banduan akan diberikan pengampunan bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara.

Langkah itu diambil disebabkan rusuhan dalam penjara sehingga menyebabkan lebih 320 banduan mati pada tahun lalu.

“Saya berharap sekurang-kurangnya 5,000 individu yang kebebasan mereka ‘dirampas’ akan dibebaskan,” kata presiden kepada wartawan.

Jelasnya, langkah itu bertujuan “menamatkan kesesakan dalam penjara sebelum hujung tahun sekali gus membolehkan penghuni hidup dalam persekitaran lebih baik demi keselamatan dan pemulihan sosial ketika dalam penjara.”

(Gambar fail: Polis mengeluarkan mayat dari atas bumbung sebuah penjara di Ecuador selepas rusuhan November lalu menyebabkan 68 tahanan mati)

Di Ecuador terdapat 65 buah penjara dengan kapasiti 30,000 banduan, namun kini menempatkan 39,000 banduan melebihi 30 peratus daripada kapasiti asal.

Kira-kira 15,000 banduan belum diputuskan hukuman.

Rusuhan dalam penjara sehingga menyebabkan lebih 320 bantuan mati pada 2021 disebabkan pergaduhan antara kumpulan dadah Ecuador, negara yang terletak antara pengeluar kokain terbesar dunia, Colombia dan Peru. -AFP

Media Baharu