fb fb fb fb fb

EU setuju buka sempadan untuk pengembara lengkap vaksinasi

FOTO REUTERS

BRUSSELS, 23 Februari - Negara Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk membuka sempadan kepada pengembara dari luar yang telah lengkap divaksinasi dengan vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat ini, EU meluluskan vaksin keluaran Pfizer-BionTech, Moderna, AstraZeneca keluaran Eropah, Johnson & Johnson dan Novavax.

Sebagai tambahan, WHO juga telah meluluskan vaksin yang dihasilkan Sinopharm, Sinovac termasuk vaksin AstraZeneca yang dibuat di India.

Sehingga kini, kebanyakan negara EU tidak menerima kemasukan orang dari luar untuk melakukan perjalanan kerana urusan yang tidak penting, jika mereka telah divaksin dengan suntikan yang tidak diluluskan di EU.

"Negara anggota harus menarik balik sekatan sementara perjalanan bagi urusan yang tidak penting ke EU untuk orang yang telah menerima vaksin yang diluluskan EU atau WHO," kata satu syor yang diterima pakai pada hari Selasa oleh kerajaan EU yang akan diguna pakai mulai 1 Mac.

Negara-negara EU juga bersetuju untuk menarik balik sekatan sementara ke atas perjalanan yang tidak penting bagi orang yang telah pulih daripada COVID-19 dalam tempoh 180 hari sebelum perjalanan ke EU.

Bagaimanapun, pengembara perlu menunjukkan ujian PCR negatif untuk sekurang-kurangnya 72-jam sebelum berlepas. -REUTERS

Media Baharu